The World's Billionaires

The World's Billionaires ialah kedudukan tahunan orang terkaya di dunia yang disusun dan dikeluarkan setiap tahun oleh Forbes, majalah perniagaan Amerika Syarikat. Nilai bersih keseluruhan setiap orang dalam senarai ini berdasarkan pada aset dan hutang mereka dalam dolar Amerika Syarikat. Senarai ini hanya mewakili nilai setiap orang dalam satu hari sahaja, akibat fluktuasi nilai tukar dan nilai saham setiap hari.[1]